BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 21, 2009

Perlawanan Persahabatan Dengan JITRA FC

Zul Drogba, Azwan n E. Lah Hassan
Keadaan Stadium Mini Jitra

Boleh la gelak - dok tang tepi boleh la
Shahril (Maradonyok) & Man Playar - Penat Siool
Syed (Almunia) & Shidee (Ronaldo)


Shidee Jadi Penjaga Gol Tue

19.02.09- Stadium Mini Jitra, PKNK FC melawan Jitra Fc telah berkesudahan dengan kekalahan 1-2. Walaupun amat perit untuk menelan kekalahan ini namun dengan dgn semangat juang yang masih ada, kami tetap gembira dan puas hati. Namun kita tidak harus salahkan percaturan jurulatih kita, Cikgu Shidee di atas kekalahan ini. Kita sudah maklum kekalahan ini berpunca daripada kekurangan player-player PKNK FC yang tidak hadir samada dengan sengaja atau dengan bersebab. Amat mengecewakan dengan ketidakhadiran para pemain. Mungkin mereka dah nak LOMPAT PARTI lain ka..kita pun tak tau.. Apapun memang best bermain kat Jitra.

Pada first half, jurulatih terpaksa menjadi goalkeeper diatas kelewatan penjaga gol ternama PKNK FC (syed la tue)ke perlawanan. Zul Drogba pun hadir juga tapi tak dpt bermain diatas kesihatan dan juga pinjaman kasut botnya kpd syed.. Shahril bertungkus lumus menentang arus serangan namun geng depa tue semuanya muda-muda belaka. tengok la gambar atas tue.

Pertandingan 7 Sebelah Terbuka Pulau Pinang Ditunda Lagi

Apa dah jadi nie...pada mulanya kami terima surat jemputan pada awal bulan disember 2008 lagi yang menyatakan pertandingan tue akan dibuat pada awal bulan Februari 2009 tapi ditunda ada pertengahan bulan Feb 2009. Sekarang nie ditunda hujung pula. Mampuih kami nak tunggu mcm nie. Ingat kami nie tak ada tugas atau kerja lain ka nak buat. Sebab tue saya akan tanya pada setiap ahli PKNK FC samada kita nak main ke tak..Duit peruntukan dah dapat..Ada yg bagi cadangan agar kita tak payah masuk pertandingan tue dan kita masuk metro futsal yang akan diadakan di perlis nanti.

So..mcmana pendapat kawan-kawan dan peminat sekalian..

Perlawanan Persahabatan Dgn Kedah Veteran


Pada 29 Januari 2009, kami telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Kedah Veteran di Padang Alor Semadom. Ramai juga yang datang tengok perlawanan tersebut. Secara kebetulan, suratkhabar Sinar membuat liputan perlawanan ini. Dengan megahnya, muka-muka setiap player kami pun masuk la dlm paper sinar. Popular juga la sebab ramai yang kenal dengan pasukan PKNK. Sekarang nie, kita tengah menaikkan imej PKNK. Walaupun perlawanan tersebut berakhir dengan seri 2-2, tapi semangat berpasukan itu yang lebih penting. Moga kita akan berlawan lagi

Maaf Kerana Lama Tak Post Buliten

Assalamualaikum buat pembaca setia,

maaf kami ucapkan kerana sudah sekian lama kami tidak siarkan berita mengenai aktiviti kami. berbagai-bagai masalah dan juga tugasan yang perlu kami jalankan dahulu. apapun keja perlu diutamakan. untuk makluman semua, kami sedang mempersiapkan pasukan PKNK untuk kejohanan terbuka 7 sebelah sempena Yang Dipertua Pulau Pinang yang dijadualkan pada awal Februari 2009.

Nantikan berita kami lagi. sekian