BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 21, 2009

TAHNIAH BUAT SEMUA PEMAIN DAN URUSETIA


Saya selaku Pengurus Metro Futsal PKNK ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tenaga, pemikiran dan juga kewangan kepada semua urusetia dan pemain serta individu-individu yang terlibat secara langsung dengan pasukan kami. Semoga Allah membalas jasa baik semua yang terlibat dan moga kita dapat meneruskan perjuangan sukan kita pada masa akan datang.

PENYERANG BERBISA PKNK


Apakan daya kami pun nak masuk juga dalam paper Metro tapi depa syok sgt nak tangkap gambar Shidee..Nampak sgt perut Shidee kat depan tue bak kerbau nak berlumba..perut ke depan..apa nak buat..at least dia juga yang score perlawanan antara CIMA tue.

PKNK SENIOR N PKNK JUNIOR

Penyertaan Karnival ini disertai oleh dua pasukan iaitu PKNK Senior dan PKNK Junior. PKNK Senior bermain di dalam kategori lelaki terbuka di dalam kumpulan 14 dimana CIMA B dan HM Enterprise berada di dalam satu kumpulan. Manakala PKNK Junior yang diberi sumbangan penyertaan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi PKNK pula berada di dalam kategori bawah 17 tahun.

Alhamdulillah, walaupun dengan latihan yang singkat, kita tetap dapat memasuki suku akhir perlawanan. Apapun tahniah buat kedua-dua pasukan. Untuk makluman, CIMA perlis telah menaja 8 pasukan terbuka dan 8 pasukan bawah 17 tahun. At least nama PKNK juga yang dapat ditonjolkan.

METRO FUTSAL CARNIVAL NORTH ZONE

14 Mac 2009 (Sabtu) - Pasukan kami menyertai pertandingan ini dengan semangat juang biarpun kalah pada pusingan suku akhir kumpulan. Biarpun kami kalah, namun ianya amat membanggakan kerana kami hanya menjalani latihan selama 3 hari sahaja. Walaupun begitu, semua pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.Biarpun ramai yang mengata di belakang, namun hasilnya tetap boleh dilihat di dalam metro.

TERIMA KASIH KEPADA SOKONGAN ANDA

Di sini saya sebagai pengurus Futsal Metro PKNK, ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada En. Junaidi selaku NAib Dipertua Kelab Sukan dan REkreasi PKNK yang telah banyak memeri bantuan dan sokongan serta tunjuk ajar untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kelab. Tanpa bantuan beliau maka Kelab tak akan masuk ke dalam pertaandingan ini.

Selain daripada itu, En. Ahmad Rasidi (Kapten PAsukan), En. Abdullah Hassan (Jurulatih), En. HAzahari (Penolong Pengurus) dan En. Zaki (Bodyguard) yang telah byk membantu pasukan ini samada dari segi penyediaan pasukan, pengangkutan dan banyak memberi semangat kepada pasukan.. Tak lupa juga kepada pemain-pemain yang telah memberi semangat juang yang tinggi.

TERIMA KASIH BUAT SEMUA

HALANGAN YANG TERPAKSA DILALUI KARNIVAL FUTSAL METRO

Apabila semua orang tahu niat kelab ini ingin memasuki pertandingan ini, ada yang menyokong dan ada pula yang memberi komen negatif. Entahla..mcm2 yang diperkatakan. Takut nama PKNK terjejas la..Bawa org luar laaaa..buat rugi masuk laaa..yang paling geram sekali org yang selalu dok kata dr belakang dulu dia nie dok main futsal sekali lepas tue tukat pi main bowling..terus tak main futsal..tau2 dok bagi komen macam2..apa punya org mcm nie..

Lagi satu..ya dulu nama PKNK mmg gagah dan gerun bila nama PKNK menyertai sebarang kejohanan...tapi perlu diingatkan bahawa tahun tue dah berlalu...dulu tak ada internet..zaman skg internet bang ooiiiii..org dulu pun dah tua2 laaaa..apa salahnya kita bawa pembaharuan yang lebih mantap selain merapatkan staf pknk..Macam la kami nie nak burukkan nama PKNK..PKNK merupakan tempat rezeki kami..PKNK la tempat kami berbakti.

PENYERTAAN PKNK FC KE KARNIVAL FUTSAL ZON UTARA METRO-FAM

Sekian lama kami mendiamkan diri. Pada mulanya hajat kelab adalah untuk menyertai pertandingan 7 sebelah di Pulau Pinang tetapi pertandingan tue rasanya mcm dibatalkan. Oleh kerana itu, kami pun mencadangkan untuk menyertai pertandingan futsal anjuran Metro pada saat2 akhir. Namun kami berjaya menyertai pertandingan ini. Ini merupakann julung2 kali penyertaan kelab ke pertandingan yang besar serta promosi yang hebat.