BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 29, 2008

Perlawanan Persahabatan Dgn Perbadanan Stadium Negeri Kedah

Satu perlawanan persahabatan diantara KSDC FC (PKNK FC) dengan Perbadanan Stadium Negeri Kedah akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 5/11/08 (Rabu)
Tempat : stadium sultan abdul halim
Masa : 6 pm - 7 pm

Sekiranya terdapat perubahan tarikh akan diberitahu kelak.

Latihan!!!!

Harap maklum bahawa sesi latihan akan diadakan pada petang ini (Rabu, 29/10/08) di Stadium Sultan Abdul Halim. Dipinta semua ahli turun pada petang ini untuk mengatur strategi perlawanan yang akan diadakan pada minggu depan.

Diharap semuanya bawa duit yuran bulanan bg bulan November 2008.

Sekian.


Syed Ezward
Presiden

Tuesday, October 28, 2008

PAK JO KEMBALI KE RAHMATULLAH

Pada tanggal 25 Oktober 2008, salah seorang staf veteran PKNK iaitu Johari Ahmad aka Pak JO telah kembali ke rahmatullah kerana sakir peparu berair. Beliau telah lama berkhidmat di PKNK.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Thursday, October 23, 2008

PASUKAN KSDC FC @ PKNK FC


Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Najib (jeebsion) kerana sudi untuk menangkap gambar pasukan kami. Akhirnya setelah sekian lama menunggu jersey kelab, pada hari perlawanan persahabatan semalam, kami dapat menyarung Jersey Kelab PKNK FC. Biarpun begitu, ada beberapa ahli tidak hadir dengan alasan kecuali seorang jer. Nama2 yg tidak hadir dengan alasan ialah ATAN, ISWANDI, MAZLAN.

Manakala dengan alasan sakit lutut ialah MUNKUT (sakit lutut ka atau pi main bowling). Tapi sayangnya ZAKI tidak ada didalam gambar kerana dia lupa bawa baju. 81% ahli keseluruhannya yang berada di dalam gambar tersebut.

THANKS NAJIB!!!

I'm quite surprised that Najib, my good friend came to watched our friendly match yesterday at Stadium Sultan Abdul Halim (Suka Menanti). With him watching beside our team, i'm quite nervous to play as a goalie coz i'm used to tell him that i'm a good / expert player....but we hv a laugh to see how pknk players played that match.

After the game, Najib took our team pict as it's part of his social resposibility. Here, PKNK FC would like to thanks Najib for coming and taking our picture. THANKS NAJIB!!!

You can also visit his webblog www.jeebsion.com for more details.

Keputusan Perlawanan Antara Kedah 15 tahun


Alhamduillah, walaupun ramai yg kata berat sebelah...tapi tujuan perlawanan ini diadakan adalah untuk meningkatkan stamina serta memberi pengalaman kepada pasukan bwh 15 tahun. Memang tidak dinafikan, pasukan kami menang 15 - 6 dengan hasil jaringan entah siapa coz mmg tak catat pun.. Apapun kami ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan lawan kerana memberi semangat sukan yang kuat.

Wednesday, October 22, 2008

Perlawanan Persahabatan Futsal

Entah mengapa sejak kami mula training kembali, makin ramai pula pasukan luar ajak team kami lawan. siap beratur list perlawanan kami sampai la ke minggu depan.

bagi memulihkan tenaga, teknik dan stamina kami, so pada petang nie (22.10.08) kul 6pm kat stadium suka menanti, kami akan lawan dgn pasukan campuran bwh 15 tahun + 3 atas 22 tahun.

So, semua penyokong kami mai la tgk naaa walaupun ujan lebat tara mana pun.

Tuesday, October 21, 2008

Perlawanan Persahabatan Terpaksa Ditunda

Kelab ingin meminta maaf kepada semua penyokong kelab diatas penundaan perlawanan persahabatan semalam disebabkan gangguan teknikal padang oleh kerana padang tersebut telah jadi mcm bendang sawah al maklumla ujan lebat sepanjang hari di alor setar. Player2 kelab pun dukacita juga coz tak dapat muntah hijau semalam.

Oleh disebabkan ujan sepanjang ari nie sampai la ujung minggu nie, kami akan mengadakan sesi latihan futsal kat stadium suka menanti start pada hari ini (Selasa, 21.10.09) dan esok juga. Harap2 para peminat datang ke sesi latihan ini.

Dan kepada semua pemain, dgr kata ramai pasukan futsal nak ajak lawan. so bersiap sedia la kwn2 semua...mai tau training petang nie.

Monday, October 20, 2008

PARA PENYOKONG DATANG LA BERAMAI2 PADA PETANG NI(20.10.08)

Mai Tau, Jgn Tak Mai........ujan ke tak ujan ke..tetap kena mai. para player dah kenyang makan tadi..so pakat nak muntah hijau petang nie..biar bergaya.....menang ka kalah ka...belakang kira..janji semangat kesukanan tue ajer penting...

Perlawanan Persahabatan Dgn Rangers FC

Adalah dimaklumkan bahawa satu perlawanan persahabatan bolasepak padang besar akan diadakan menentang pasukan Rangers FC seperti butiran berikut:

Tempat : Padang Rangers, Alor Semadom, Alor Setar
Masa : 5.30 petang
Tarikh : 20.10.08 (Isnin)

Sehubungan dengan itu, dipohon kehadiran ahli2 kelab dan para penyokong turun ke padang untuk memeriahkan perlawanan ini. Kalah atau menang kira belakang leee... walaupun mcm dah tahu ajer nak kalah..If menang, bonus laaa..BIAR KITA MUNTAH HIJAU PETANG NIE...

Tuesday, October 14, 2008

NUKILAN KECEWA SGT PASAI JERSEY!!!

HERAN sungguh la geng printing nie. ingatkan order baju sebelum bulan posa tue, bolehla nak pakai raya tapi haprak sungguh...tak siap juga. Takpe la coz selalu buat kat dia. Kita pun bagi la kelonggaran kata lepas raya siap. Tgk2 tak siap juga. Dah la dah bagitau kat semua ahli yg depa dapat baju minggu lepas tapi tak siap juga. Pastue kata siap 14 Oktober 2008, tgk2 tak siap juga.

Dgr kata sampai pecat habis staf dia. Entah la mcmana nak bagitau kat ahli kelab semua.. dah naik meluat nie. Takper, bagi peluang kali keempat kat dia..kali nie tak siap, siap la dia.

Kepada ahli2 kelab, ingin memohon maaf diatas kelewatan nie n harap bersabar.

Monday, October 13, 2008

Latihan Bermula Selepas Hari Raya

Almaklum bila berhari raya, pasti semua makanan disapu bersih terutamanya ketupat n lemang. Maka bertambah la saiz perut dan kepadatan lemak kat badan. Oleh yang demikian, semua ahli2 kelab dikehendaki hadir untuk sesi latihan seperti berikut:

Tarikh : 15.10.08
Masa : 6.00ptg - 7.00ptg
Tempat: Stadium Suka Menanti

Selain daripada itu, semua ahli dikehendaki menyediakan RM 20 untuk kutipan yuran bulan oktober. Pada petang itu juga, insyallah semua ahli akan mendapat jersey baru dan sesi bergambar akan diadakan. Oleh itu, pohon semua ahli turun padang pada petang berkenaan.

Sekian.

Syed Edward
Presiden

Tahniah Kepada Bapa Baru n Lama!!

Diatas kesempatan yang ada, saya mewakili ahli2 kelab futsal ingin mengucapkan tahniah kepada salah dua orang ahli kelab kami kerana telah mendapat seorang putera n puteri iaitu:
1. Muhammad Zuhairi (Bapa Baru)
Nama anak : ammar zuhair
Tarikh jd bapa : 20 Ogos 2008
Masa : 7.53pm
Tempat : Hospital Sultanah Bahiyah

2. Syamizan (Bapa Lama)
Nama anak : narisya kaisarah
Tarikh : 6 September 2008
Masa : 4.30pm
Tempat : Hospital sultanah Bahiya

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada mereka berdua. cuma insentif atau bonus tak dpt beri coz ahli2 tak byr lagi duit yuran. sekian

Sunday, October 12, 2008

Adakah Marwan Kembali Sebagai Striker Berbisa?

Setelah berbulan-bulan lamanya beliau injured dan menjalani terapi di Kedah Medical Center (KMC) untuk memulihkan ankle kakinya akibat daripada kecederaan yang dialaminya sewaktu sesi latihan bersama kelab bagi mewakili kelab futsal negara Brazil, kini beliau telah sembuh sepenuhnya seratus dua puluh peratus kesembuhan ankle kakinya. Namun apa yang mengecewakan kesemua skillnya berpuluh-puluh tahun telah hilang akibat daripada kecederaannya itu. mungkin ianya disebabkan impak daripada kecederaannya bulan lalu.

Walaupun terdapat halangan daripada keluarga untuk bermain semula, tetapi ini tidak akan melemahkan semangat juangnya untuk kembali ke arena futsal.

kami di kelab futsal pknk amat merindui kelibat striker berbisa dan harapan agar beliau dapat kembali semula ke kelab. Hidup Marwan!!

Saturday, October 11, 2008

PASUKAN PKNK GEMAPUTERA 2008

KETIGA BOWLING SUKAN GEMAPUTERA 2008

JUARA KAROM SUKAN GEMAPUTERA 2008


Thursday, October 9, 2008

Ahli Kelab Yang Mewakili PKNK di Sukan Gemaputera 2008

Karom : Mazlan Yahaya

Badminton : Muhamad Zuhairi

Bowling : 1. Mohd Zaki
2. Syed Muhammad Ezwar
3. Mohd Iswandy
4. Firdaus

Futsal : 1. Fairuz
2. Ahmad Rasidi
3. Syed Alwi
4. Wan Mohd Zain

Urusetia : Mohd Hanizam

Nukilan Kekalahan Futsal Sukan Gemaputera

Prestasi pasukan futsal dlm sukan gemaputera 2008 di negeri sembilan agak kurang menyerlah walaupun terdapat nama pemain2 yang gah di persada arena sukan bolasepak negeri dahulu kala. if hampa nak tau, sukan gemaputera nie adalah sukan ketiga ataupun keempat (kata orang la) yang terbesar diadakan selain sukan sukma, mssm dan lain2 di malaysia. semua agensi2 seluruh malaysia di bawah kementerian pembangunan usahawan dan koperasi terlibat dalam sukan gemaputera. antaranya semua perbadanan kemajuan negeri, bank rakyat, bank pembangunan, sme bank, suruhanjaya koperasi malaysia, pns, uda holdings, punb. byk juga tue.

acara yang terlibat di Negeri Sembilan ialah bowling, karom, futsal, bola jaring, badminton n golf. PKNK menang pingat emas bg karom dan gangsa bagi bowling. Futsal pula kalah dlm grouping lagi. mau tak kalah, futsal ni semuanya mestilah pemain muda tapi depa boh player tua2. mula2 menang besar la sampai 9-1 itu pun lwn dgn pns. Wakil dr PKNK futsal kelab ialah hantu, syed alwi, wan mad zain dan shidee.

apapun tahniah la buat semua player kelab yang mewakili PKNK di sukan gemaputera 2008. target kita nanti adalah di sukan gemaputera 2010 di Perlis. See U all There

Jersey Kelab Dah Siap!!!!


Alhamdulillah sudah sekian lama menanti,akhirnya dengan berkat kesabaran ahli2 kelab walaupun ada yg dah tak sabar coz dah janji mcm2, dpat juga jersey tue. rasanya petang nie boleh pi ambik ler. next week, baru kami jalankan aktiviti sukan setelah sekian lama menyepi.

Logo kelab juga telah dihasilkan dan ianya dicipta oleh ahli kelab ini iaitu setiausa kelab, Fakrin sendiri. if sesiapa nak minta tolong dia cipta logo, boleh la mai kat wisma pknk yer.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Sekian lama kelab ini menyepikan diri diatas kesibukan sukan Gemaputra yang diadakan pada bulan Ogos 2008 di Negeri Sembilan dan juga kesibukan puasa yang menjelma, akhirnya kini mempunyai masa yang terluang untuk kembali aktif mengarang dan bersukan selepas berhari raya.

dengan ini, kami semuanya ahli-ahli kelab PKNK futsal ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua kenalan, kawan2, org2 yg sponsor kelab kami dan juga musuh2 yang akan menjelma selepas diikat pada bulan puasa.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan BAtin